Syeikh Mutawalli Asy Sya'rowy saat terdetik rasa ujub dan bangga diri
Syeikh Mutawalli Asy Sya'rowy saat terdetik rasa ujub dan bangga diri
Suatu ketika Fadhilah Sheikh Sya'rawi semasa hayatnya
memberi kuliah di suatu tempat. Setelah selesai kuliah beliau dijemput pulang
oleh pemandu peribadinya.
Sampai di suatu selekoh, Fadhilah Sheikh Sya'rawi menyuruh
pemandunya berhenti. Beliau singgah sebentar di sebuah masjid terpencil.
Pemandunya pun kehairanan kerana ketika itu bukan waktu solat.
Oleh kerana lama menunggu Sheikh keluar dari masjid, pemandu
tadi pergi menjenguk kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada Tuan
Sheikh. Pemandu tadi puas mencari di dalam masjid tetapi tidak menjumpai Tuan
Sheikh. Lalu ia pegi mencarinya di bilik air.
Pemandu itu melihat tuan Sheikh sedang mencuci tandas.
Pemandu itu cuba membantunya akan tetapi Sheikh melarangnya. Setelah selesai,
pemandu itu bertanya : Kenapa tuan bersusah payah membersihkan bilik air. Nanti
adalah penjaga masjid ini yang akan membersihkannya.
Jawab Tuan Sheikh Sya'rawi : "Sewaktu aku memberi
kuliah tadi, terselit dalam hatiku rasa ujub dan bangga diri. Maka aku ingin
membuatnya terhina dan merendah diri".
Gabung dalam percakapan